[:p] [:p] [:p]
BeRRiBiRu | Life.Sux
     

At last!! ^_^
3:54 pm

Omg!
Dah lama sangat tak update blog ni!

Sebenarnya selepas post terakhir end of october tu aku sibuk dengan exam. Sibuk punya sibuk sampai lah cuti. Bila dah mula cuti nak update blog kononnya tapi boleh pula terlupa password! Dan yang ngokngek bila insert email address dia kata email aku tak valid! Aku lantas membuat muka pelik. Tapi muka pelik itu tak membantu aku menyelesaikan masalah pun. Rupa-rupanya Amer (kazen) aku terdelete email tu (aku tumpang hosting Amer). Lepas tu aku ingat dah tak boleh diselamatkan lagi. Si Amer pula cakap sori jeh. cez! Aku pun pasrah lah dengan apa yang berlaku. Hmm.

Tapi pada suatu hari yang nyaman iaitu semalam, aku tersinggah kat blog ni. Terasa rindu plak kan. Kebetulan Amer ada kat rumah aku so tanya lah kat dia memang dah tak boleh nak log in ke blog aku nih. Dia cakap dengan muka selamba “boleh je. nanti aku buat la balik email tu”. I was like…wut da hell? Kenapa tak cakap awal-awal? Haish. Nak je bagi penampar kat muka Amer Ridhwan masa tuh. Tapi memandangkan dia tolong aku, so dimaafkan.

Tadi aku pun klik dekat lost password, type in my email dan lepas tu wordpress hantar password baru. Yes! Begitulah alkisahnya dari awal sehingga noktah.

Boyce Avenue
11:49 am

Aku baru jumpa band ni secara tak sengaja kat YouTube. Boyce Avenue ni sebuah band yang berasal dari Florida; terdiri daripada tiga orang adik-beradik dan seorang kawan. Aku terus jatuh hati bila dengar muzik mereka buat pertama kali. Apa yang aku nak cerita pasal mereka ya? Apa kata korang dengar lagu mereka dan kemudian nilailah sendiri bakat yang mereka ada :)

Kakak Saya
6:11 pm

“Saya ada seorang kakak. Saya sangat sayang kakak saya. Kakak saya cantik. Tapi saya lebih cantik daripada kakak saya. Kadang-kadang saya benci kakak saya. Papa saya selalu puji kakak saya sebab kakak saya selalu dapat nombor satu dalam kelas. Saya dapat nombor satu juga tapi nombor satu dari belakang”

Ha ha. Aku terjumpa balik diari aku masa aku umur 9 tahun dulu masa kemas-kemas stor tadi. Kecik-kecik dulu aku suka meluah perasaan dengan menulis. Sebab? Aku sunyi. Takda kawan nak bercakap. Ada pun kakak aku. Tapi kadang-kadang aku benci dia. Jadi kebiasaannya aku tulis apa sahaja yang aku rasa atas kertas. Lepas tu koyak dan buang. Tapi ada juga yang aku simpan. Rasa kelakar pula bila baca balik. Korang masa kecik-kecik dulu pernah luah perasaan atas kertas macam aku? He he

Alang-alang dah sebut pasal kakak aku biarlah aku ngumpat dia sikit kat sini. He he. Kakak aku adalah satu-satunya adik beradik kandung aku. Sebab tu aku sangat sayang dia. Aku panggil dia Xera (Syadziera). Beza umur kami setahun je so aku tak panggil dia kak. Selepas mama tinggalkan papa (waktu tu umur aku 6 tahun), Xera jadi sangat matang. Dia selalu mengalah dengan aku padahal umur dia masa tu baru 7 tahun. Dan dia sangat cemerlang dalam akademik dari sekolah rendah sampaila habis sekolah menengah. Sebab tu Papa sayang dia lebih. Hu hu. Aku..err…akademik ngokngek sket. Ha ha.

Masa umur aku 10 tahun Papa kahwin dengan Umi. Awal-awal perkahwinan mereka aku memang sangat tak suka Umi. Aku tak leh terima Umi. Sebab sejak Papa kawin dengan Umi, Papa kurang bagi perhatian kat aku. Hu hu. Masa tu Xera laa yang menenangkan aku. Yang menghiburkan aku. Yang mengajar aku membaca komik doraemon dan dragon ball. Ha ha. Tapi Umi baik. Walaupun aku cuma anak tiri dia tapi dia layan kitorang macam anak sendiri. Lama-kelamaan aku boleh terima Umi. err..lama juga lah..dua tahun kot aku ambik masa untuk terima Umi sepenuhnya. Ha ha. Teruk betul aku ni. Kesian Umi.

Sepupu-sepupu perempuan belah Papa tak suka sangat dengan aku dan Xera. Aku rasa aku tau kenapa. Sebab kami cantik. Atuk dan sepupu-sepupu yang lelaki selalu puji kitorang jadi diorang jeles. Ha ha. Childish. Sampai sekarang macam tu lagi perangai. Haih.

Owh ye. Aku dapat adik masa aku form 1. Bukan satu tapi dua sekaligus! Yeay! Umi lahirkan twin. Boys. Nama diorang nama arab. Best wooo~ Aku suka nama diorang. Si abang nama dia Khalid al-Walid dan si adik pula Hubab al-Munzir . Aku tak tau apa maksud nama diorang tapi yang aku tau tu nama tokoh-tokoh Islam. He he. Sekarang diorang dah sekolah rendah. Comel!

Eih. Tadi aku kata nak citer pasal kakak aku je ni dah meleret-leret sampai kisah famili aku. Hish. Bahaya bahaya. Takleh citer details kat internet. He he. Tapi kan. Walaupun aku ada Umi, jauh di sudut hati aku rindukan Mama. Ya. Orang lain tak dapat jumpa ibu diorang sebab ibu diorang dah takda kat dunia ni. Tapi aku ada ibu lagi. Tapi kenapa ibu aku tak pernah nak datang jenguk aku dengan Xera? Mama tak rindu kat kami ke? Aku dah tak berani nak tanya kat Papa pasal Mama lepas aku kena lempang bila tanya hal tu beberapa tahun yang lalu. Sampai hari ni aku tak tau apa punca perceraian Papa dan Mama. Tapi malaslah aku nak fikir. Yang penting sekarang aku bahagia dengan hidup aku. Bahagia bersama Papa, Umi, Xera, Khalid dan Munzir. Tapi aku sentiasa berdoa supaya aku dapat jumpa Mama suatu hari nanti. Ok STOP. Rasa macam nak menitik plak air mata ni. he he. Bye!

Nasib si gadis cantik
12:08 am

Orang bilang gadis cantik untuk lelaki kurang kacak. Habis tu bagaimana nasib lelaki kacak? Yang tak kacak? Bagaimana pula nasib si gadis yang kurang cantik? Yang tak cantik? Heh. Aku rasa rupa paras bukan kriteria utama untuk aku memilih calon pasangan hidup. Yang penting sekali bagi aku adalah harta; harta jiwa dan harta material. Dua-dua harta tersebut wajib ada dalam diri lelaki yang berkeinginan untuk menjadi suami kepada gadis cantik seperti aku. Bwahaha~ Aku tak kesah kacak atau tidak. Kalau kacak, bonus lah untuk aku.

Orang tua-tua kata jangan memilih sangat. Aku sebagai seorang gadis yang tidak tipikal memang tak terfikir pun nak bersuami berwajah kacak. Cukuplah kalau dapat seorang yang macam Amaury Nolasco.

Ya. Taste aku memang pelik sikit. Ramai gadis suka lelaki kulit cerah dan berwajah jambu macam Dafi AF tuh. Tapi aku sebagai seorang gadis cantik yang tidak tipikal lebih mudah jatuh hati dengan lelaki kulit hitam manis dan berwajah macho serta bertubuh sasa. Bwahaha~

Topik ni memang sangat bosan tapi aku nak nyatakan sesuatu tentang ni. Luaran seseorang kita memang boleh nampak, tapi dalaman dia kita tak tau. Kita nampak dia cantik; kita nampak dia kacak. Tapi entah-entah dia membawa masalah genetik; dia adalah pembawa gene yang mengalami mutasi. Yang boleh menyebabkan progeni/keturunan kau cacat atau mati cepat. Orang-orang kita selalu lupa tentang ini. Tahu nak kahwin je. Nanti yang jadi mangsa anak-anak diorang. Kesian tau. Ada yang down syndrome. Ada yang rabun warna. Hu hu. Apa ntah aku merepek ni. Ha ha. Lantak aku lah. People would always have their own opinion about something.

Aku cantik sikit dari dia. Bwahaha~

Manusia busuk
8:30 am

Hidup ini sukar. Tidak semudah bermain yoyo

Dalam hidup
Kita harus membuat pilihan
Nintendo DS atau PSP
Nasik atau buah
Manusia berotak atau busuk berdaki

Kita boleh pilih sesiapa
untuk menjadi kawan kita

Tapi kau harus berhati-hati

Kerana

Di sekeliling kita sentiasa ada manusia
Manusia yang hatinya busuk
Busuk macam taik

Kalau manusia macam taik busuk mendekati aku,
ingin berkawan dengan aku
aku akan tepis selagi boleh

Tapi kalau kau baru sedar
yang teman kau sendiri
termasuk golongan manusia busuk,
Apa kau buat?

Buat bodoh?

Hantuk kepala mereka kat dinding?

Atau biarkan tahik busuk mereka kena kat kita?

Aaahh. Aku dah penat fikir. Jom ramai-ramai ikut aku berdansa!

para-para sakura! haiyaak!

Gila
11:41 pm

Gila dunia ini.
Gila.

Yang betul dianggap salah.
Yang salah dibuat tak nampak.

Salah tetap salah.
Tapi bukan bermakna
Yang betul itu benar belaka.

Bila jadi kawan
Sampai mati aku anggap kau kawan.
Aku tak mahu
Jadi musuh dalam selimut
Gunting dalam lipatan
Duri dalam daging.

Bila aku tegur kau
Sila jangan melenting.
Sebab ini persahabatan.
Aku tak mahu persengketaan.

Aku sayang kau.
Tapi kalau kau tak sayang aku…
Blah lah!! Kau ingat aku kesah?
Lantak kau lah
Sila buat apa sahaja yang kau suka~

Babeng!!
*oops~ mengeluarkan kata-kata kesat tanpa disedari. minta maaf tuan tuan dan puan puan*

I am Me
10:15 pm

Hey hey!

Ini kali pertama aku menulis di sini. Tapi bukan kali pertama aku menulis blog. Sebelum ni aku merepek di platform wordpress.com tapi aku malas nak import masuk entri lama ke sini. Aku delete semua entri-entri aku yang lama tu. Sebab apa? Ikut suka hati aku lah! Ha ha. Selamat datang diucapkan kepada yang sudi jengah rumah baru aku walaupun korang tak pernah pun singgah rumah aku yang lama. Aku masih blurr blurr lagi tak tau apa yang patut aku tulis kat sini. Aku rasa macam dah bosan cerita pasal kehidupan aku. Kehidupan aku tak bosan okay. Meriah meletop! Tapi aku rasa bosan kalau tulis pasal deili laif sebab aku pun tak suka baca deili life orang. Hey hey! Sila bagi cadangan niche apa yang patut aku tulis di sini. Cadangan paling bernas dan paling relevan menurut pandangan BeRRiBiru akan menerima hadiah spesel yang bernilai RM200!! Wow! lavish i am. 10 cadangan paling bernas akan menerima hadiah yang jumlah keseluruhannya ialah RM200. Sila congak sendiri berapa yang setiap orang akan dapat. Ha ha. Cepat! Tunggu apa lagi. BeRRiBiru has switched on her pemurah mood. He he

Contez end: After 50 entries received. T&C apply.

ps: sengal. belum pape dah buat contez. Ada udang disebalik mee nih. Ha ha
pss: aku bagi Extremist Thinker satu hadiah sebab bagi cadangan. Ade lagi 9 hadiah. Pantas!

At last!! ^_^ - 05/20/09
Boyce Avenue - 10/22/08
Kakak Saya - 10/21/08
Nasib si gadis cantik - 10/20/08
Manusia busuk - 10/19/08
Gila - 10/18/08
I am Me - 10/15/08
Hubab Al Munzir: owh by the way.. maksud hubab al munzir ialah...
beRRiBiru: @ kusu : thanx for visiting! @ a.i.m.i : ...
Hubab Al Munzir: hehe..my name is hubab al munzir also!!lol.. ...
a.i.m.i: hehe. saya juga pernah meluahkan perasaan di ...
Sweet Thinker: smgt pak mail smpi trn cni. Sweet ...
Sweet Thinker: apekah adios kat ET itu. hehe. ST menjengok. ...
© Copyright 2008 BeRRiBiru | Powered by Wordpress | Designed by Link Building.
Valid XHTML ·